Isnin, 1 Julai 2013
ILMU DR.AZIZAN OSMAN @ SEMINAR HIDUP LUAR BIASA-29/6/2013 (MENARA PGRM)
1.Orang yang tak tengok tv adalah petanda anda orang luar biasa.
2.99% orang mengkorupkan minda melalui tv.
3.Kebanyakan cerita macam ni, orang miskin jadi kaya lepas kaya kahwin lain..sedangkan yang banyak buat macam tu orang miskin..
4.Banyak kes, dulu isteri tak perasan suami balik sebab sibuk tengok cerita korea....sekarang isteri tak perasan suami balik sebab sibuk main candy crush, kena concentrate sebab nak naik level..
5.Kerja..kerja macam gila tapi tak ada duit pun..
6.Kerja..kerja macam nak mampus tapi hutang makin banyak
7.Kerja..kerja..last-last asyik gaduh suami isteri, sebab kerja dah 18 tahun tapi gaji tak cukup-cukup.
8.Kenapa saya tahu? Sebab dulu saya macam tu...
9.Saya bukan milionaire, saya multi-millionaire
10.Saya ada 24 buah syarikat.
11.Testimonial dari Penang, seorang perempuan datang dengan ibunya.Ibunya menceritakan, bulan Februari 2013, anaknya pegi IMKK. Dalam IMKK dia dapat idea.Sepanjang menjahit tak pernah dapat lebih daripada RM3 ribu.Lepas IMKK, sale 15 ribu sebulan.Dia terkejut, anak dia dah jaga solat, buat tahhajjud, solat dhuha...Mak dia menangis, mak dia kata apa yang Dr.Azizan dah buat?
12.Miskin tanpa keberkatan nak mampos namanya..
13.Ramai orang ingat, orang tu jadi jutawan sebab anak orang kaya..
14. Dr.Azizan bukan datang dari keluarga orang kaya, orang biasa-biasa saja..
15.Pada tahun 2008, Dr.Azizan buat keputusan untuk berkongsi ilmu membantu usahawan melayu yang lain pulak, sebab tengok ramai usahawan melayu yang bisnes yang melingkup.
16.Salah satu sebab ubah hidup Dr. Azizan bila timbul perkataan SEDAR diri..
17.Banyak orang yang dah 18 tahun berulang di federal hiway, tapi dia kata OK JE...
18.Dr.Azizan nak perbaiki 5 perkara iaitu 1) Nak mencari KEBAHAGIAAN LUAR BIASA 2) Nak KEKAYAAN dari segi kewangan 3) Nak KEJAYAAN 4) Nak mencari KEBERKATAN 5) Nak cari KESIHATAN
19.Ramai yang tak hidup luar biasa sebab tak upgrade otak dia.
20.Ferrari, setiap kali keluar sentiasa upgrade
21. Apalah erti banyak duit tapi tak ada masa..
22.Selagi u hidup,u boleh experience apa yang u nak..
23.Life is all about u wanna have the best experience.
24.Saya nak buat benda kecik pun berjaya, benda besar pun berjaya
25.Kejayaan tidak ada kat luar, ia datang dari dalam.
26.Keberkatan adalah sesuatu yang sangat mahal.Keberkatan tidak boleh dibeli, tapi boleh di cipta.
27.Dulu Dr.Azizan pikir nak jadi kaya saja..terlupa kesihatan..
28.Lagi banyak nak kaya, lagi banyak hutang.
29.Dulu CGPA Dr.Azizan 3.72, beliau adalah 1 of the best student, dia ingat dia dah pandai..rupanya dia SEDAR CGPA anda tak menentukan anda jutawan atau tak.
30.Menuntut ilmu mesti dengan orang yang pernah melaluinya.
31.Ramai billionaire tak ada diploma..Sebab kalau dia ada diploma, dia akan set kewangan atau gaji dia setakat 2 ribu saja.
32.Ramai yang tak tahu kenapa dia nak kaya.
33.Lebih teruk, tengok orang kaya always sangka negatif, tak naklah kaya nanti lupa diri..Sedangkan berapa ramai orang miskin yang lupa diri?
34.SEDAR DIRI datang bila kita start JUJUR menilai diri kita..
35.Ada banyak sumbangan yang boleh dibuat untuk kita contribute kepada DUNIA ( start dengan dunia u dulu).
36.Kalau u nak kaya, apa sebab kritikalnya?
37. SEDAR, JUJUR, BERSYUKUR.
38.Di mana anda berada, setiap hari u submit kesyukuran.
39.Lebih banyak kita appreciate, lebih banyak kita dapat..
40.Dr.Azizan faham, betapa mudah dapat hidup berkat dengan bersyukur.
41.Ibu keramat hidup, selalu cium ibu..kalau ibu tersentap, lorong pintu rezeki akan tutup.
42.Orang bersyukur tidak akan merungut, orang yang merungut tidak bersyukur.
43.Kalau bahasa negatif, programming salah, dia akan effect keturunan kita.
44.Ilmu John Asyraf, saiz otak kita semua adalah hampir sama, cuma NILAI je tak sama.
45.Ada orang dah set 2 ribu ringgit seorang.
46. Income kita tak ada kena mengena dengan CGPA kita.
47.Income berubah bila kita start upgrade.
48.Kenapa perlu kaya? Boleh guna duit u untuk bantu orang lain. Syria perlu senjata, boleh bantu?
49.Jangan fikir pasal nak kaya, u fikir macamana nak tolong orang lain, nak jadi problem solver.
50. Ramai yang ingat nak kaya kena berniaga.Berniaga bukan the only solution.
51.Ramai yang meniaga pun melingkup!
52.Kita kena TAHU macamana nak menambah NILAI.
53.Kerja keras tak boleh buat u kaya sebenarnya..Cuba tengok orang yang kerja keras gila..kerja pagi, siang malam..tapi hutang banyak jugak..
54. Kita tak diajar di sekolah bagaimana jadi jutawan? Kita tak diajar how do u build financial success?
55.Pendapatan kita tak menentukan besok kita.Tndakan kita menentukan besok kita.
56.Orang miskin dia akan pikir dapat duit nak belanja.
57.Orang yang income 5 ribu capacity otak dia 5 ribu, kalau dapat lebih, otak u tak dapat handle, diri u sendiri akan sabotaj, balik semula ke income 5 ibu.
58.Orang yang boleh memberi dia = KAYA.
59.Dulu saya mintak, sekarang saya jadi PEMBERI.
60. Kata Habib Sheikh kepada Dr. Azizan, " Antum sudah berada di kabel generator yang besar.Elektrik ibarat seperti rezeki. Kenapa ada yang tak dapat elektrik? Sebab install meter kecik..Macamana nak dapat lebih? UPGRADE meter. Bila u upgrade meter, u akan sampai tahap ada janakuasa sendiri.
61. Tahap pemikiran manusia menentukan tahap pendapatan manusia.
62. 4 perkara perlu upgrade.Upgrade Cara Kita Berfikir. Upgrade Emosi/ Jiwa/Hati. Upgrade Kata-kata.Upgrade Cara Bertindak.
63.Orang yang meminta sentiasa miskin.
64.Kalau dengar orang tu banyak komplen, dia miskin sebenarnya.
65.Bukan Allah tak bagi elektrik kat kita, kita yang tak upgrade elektrik kita.
Terima kasih Dr. Azizan Osman di atas ilmu yang superb ini dan terima kasih gk kat page Anis Choc Moist Cake sbb sudi share ilmu nie!....Dan terima kasih kepada u all kerana sudi membaca . Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat...Amiinn...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan