Khamis, 27 Jun 2013

PENGURUSAN JENAZAH

Assalamualaikum...

Sempena hr Jumaat yg mulia ni, lini nk kongsi la serba sedikit ttg PENGURUSAN JENAZAH..sblm ni opis lini de gak wt kelas/seminar ttg Pengurusan Jenazah tp dah lama..lini pon dah lupa..xclap lini tahun lepas kot..so, ari ni lini nk remind balik ilmu yg lini blajar i2..almaklum lah, klu dah lama tinggal, mmg lupe la jawabnya..jom kita sme2 blaja n remind2 pe yg kite dah blaja ttg Pengurusan Jenazah ni..

Lini nk cite panjang lebar lini xpandai sgt tp lini de scan skit2 note/ artikal dalam majalah al-Ustaz (Isu No 14)..

CARA MEMANDIKAN JENAZAH

Hukum memandikan jenazah ialah fardu kifayah ke atas kaum Muslim dalam suatu penempatan.
Hikmat memandikan jenazah  dapat memuliakan dan membersihkannya daripada sebarang najis dan kotoran.

Alatan Mandi
1. Sabun atau bidara
2. Wangian : utk jenazah yg bukan dalam ihram
3. Berus : utk membersihkan mulut dan hidung jenazah
4. Sarung tangan atau kain lapik
5. Pakaian jenazah

Pemandi Jenazah
1. Jenazah lelaki = dimandikan oleh kaum Muslimin
2. Jenazah perempuan = dimandikan oleh kaum Muslimat
3. Jenazah pasangan (suami/isteri) = boleh dimandikan oleh suami/isteri 
    * Hal ini bersandarkan kpd sabda Rasulullah SAW kpd Aisyah " Jikalau kamu meninggal dunia    sebelumku, ia tidak akan memudaratkanmu. Maka, aku akan menguruskan, memandikan, mengapankan, mensolatkan, dan mengebumikanmu." (Riwayat Ibn Majah)
4. Jenazah kanak-kanak belum baligh = dimandikan oleh kaum lelaki @ wanita

Adab-adab Pemandi
1. Melihat tubuh jenazah sekadar yg diperlukan shj
2. Sunat tdk menyentuh jenazah, maka sarung tangan dipakai @ dilapikkan kain ketika memandikannya
3. Diharamkan melihat aurat jenazah
4. Sunat menutup muka ketika memandikan
5. Menceritakan kpd org lain perkara yg baik ttg jenazah dan menyembunyikan perkara sebaliknya kecuali dalam keadaan terpaksa

Kaedah Mandi Jenazah
Sebelum
1. Jenazah diletakkan di atas tmpt yg tinggi dan tertutup
2. Kemenyan yg wangi dibakar supaya ia dpt menutupi bauan yg tdk menyenangkan ketika memandikannnya

Semasa
1. Aurat jenazah ditutup dgn baju @ kain yg tdk menghalang air sampai ke tubuhnya
2. Mendudukkan sedikit jenazah dgn perlahan-lahan, menahan kepala jenazah dgn tgn kanan, lalu melalukan tgn kiri ke atas perut jenazah utk mengeluarkan sisa berbaki di dlmnya. Kemudian, qubul dan dubur jenazah dibersihkan dgn tgn kiri yg berlapik.
3. Membersihkan mulut dan dua lubang hidung jenazah, lalu diwudukkan
4. Membasuh muka dan kepalanya dgn air sabun, sambil meleraikan rambutnya perlahan-lahan dgn sikat yg jarang. Jika ada rambut @ bulu yg terpisah, ia diletakkan ke tempatnya semula utk dikapankan bersama
5. Membasuh bahagian hadapan kanan badan jenazah, disusuli bahagian hadapan kiri badannya. Anggota badan jenazah diuruskan dgn tgn pemandi yg berlapik @ dipisahkan dgn kain
6. Selepas itu, air diratakan di bahagian belakang kanan bdn jenazah, diikuti dgn bahagian belakang kiri badannya
7. Cara mandi ini disertakan dgn bidara. Selepas seluruh kawasan badan telah diratakan dgn air, air dilalukan sekali lagi dr kwsan atas badan jenazah sehingga ke kakinya
8. Mandian sunat diulang sebanyak 3x, dan air mandian terakhir dicampurkan dgn wangian jika jenazah tdk meninggal dunia dlm keadaaan ihram. Jika ia meninggal dunia dlm keadaan ihram, maka ia dimandikan seperti biasa tanpa menggunakan wangian.

TATA CARA SOLAT JENAZAH




Tiada ulasan:

Catat Ulasan